Wednesday, February 6, 2013

Pengurus Lazeez Bakeri


 Roti kismis kayu manis... aroma ketika dibakar membuatkan jiran jiran sebelah mengintai dari kejauhan... :)

Swiss Roll ( dalam pelbagai perisa), strawberry , vanilla, chocolate atau perisa pandan dengan lapisan - rassberry jem, aising, strawberry jem, nutella atau mengikut citarasa anda- Lazeez Bakeri, Custom Homemade Bakery.
Scone - Campuran kismis & choc chip. Sedikit serbuk buah pala membangkitkan aroma semasa dibakar.
 
Kek Baldu Merah - ditengahnya dilapisi dengan 'cream cheese'. - anda boleh menempah di Lazeez Bakeri kami

Roti Kek Mocha - RM4.80 per/ loaf.
Pada bahagian dasarnya adalah roti putih dan di bahagian atas adalah adunan kek perisa mocha dan sedikit chocolate chips... 2 dalam 1.. :) .Anda boleh menukar perisa kek di atas mengikut citarasa sendiri ( vanila, butter, chocolate, pandan , banana, orange, strawberry or blueberry) - Lazeez Bakeri 'Costum Homemade Bakeri'

pelbagai ban manis





Pelbagai jenis ban manis yang disediakan oleh Lazeez Bakeri. Antaranya ialah ban berintikan butterscotch (iaitu salah satu resepi yang dihasilkan sendiri , dari dapur kami ) ban kacang merah, ban mentega susu, ban kelapa, ban serikaya, ban sardin, ban sambal tumis dan ban ayam lada hitam.


Cream puff - antara keluaran kami yang mendapat sambutan untuk majlis hari jadi anak - anak Layari.. www.lazeezbakeri.com.my











Brioche - brioche adalah salah satu jenis2 roti perancis yg menggunakan hasilan yis. Ianya kaya dengan rasa mentega dan telur. Penyediaannya memakan masa yg agak panjang jika dibandingkan dgn roti2 atau ban manis yg lain. Amat sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi. Hanya di Lazeez Bakeri - Custom Homemade Bakery. www.lazeezbakeri.com.my

Sunday, December 19, 2010

salam perkenalan

Setiap apa yang kita lakukan harus bermula dengan niat.Apa yang ingin saya kongsikan bersama anda adalah mengenai pemakanan yang diambil setiap hari.Salah satu pemakanan ruji kita di saat ini adalah makanan yang berasaskan tepung dan roti. Perlu diingatkan bahawasanya, kita sebagai umat Islam WAJIB mengambil makanan yang HALAL dan tidak di ragui hasilnya.Di samping menjalankan perniagaan ini, maka sebagai seorang muslim semestinya kita perlu menjalankan kewajipan fardu kifayah kita.Salah satu dari cabang itu adalah membekalkan makanan yang halal kepada saudara seagama kita. Dalam erti kata yang lain, makanan yang akan menjadi darah daging kita semestinya dari sumber-sumber yang halal dan tanpa rasa was-was. Maka dengan ini niat saya bukan hanya untuk menjalankan perniagaan ini untuk menambahkan rezeki tetapi keutamaannya adalah untuk membekalkan makanan yang halal,suci dan bersih agar dapat menepati cabang fardu kifayah kita. Saingan yang hebat dari pembekal luar bukanlah sesuatu perkara yang digeruni,akan tetapi sejauh manakah makanan itu membawa berkat dalam tubuh badan kita dan keberkatan itu yang menjadi darah daging kita hingga akhir hayat.